Ads 468x60px

Pengurusan kewangan seorang Marketer



Marketer (tidak kira online atau offline) adalah satu profession yang mana ia membuat penghasilan pendapatan atau keuntungan secara aktif mahupun pasif dari penjualan produk atau perkhidmatan. Produk adalah berupa seperti barang-barang untuk pengguna (konsumer), keperluan sehari-hari, kewangan (investment), insurans dan banyak lagi. Perkhidmatan pula berupa seperti khidmat nasihat, reference, affiliate dan lain-lain. Keuntungan aktif adalah keuntungan yang diperoleh tidak tetap seperti bonus dan komisen. Keuntungan pasif pula adalah keuntungan tetap yang diperoleh setiap bulan (atau hari atau minggu) seperti gaji, elaun dan lain-lain.
Sedar atau tidak, profession sebagai seorang marketer adalah satu profession yang mampu memberi pendapatan yang jauh lebih besar berbanding mereka yang bekerja secara makan gaji. Tetapi harus diingat, ia bergantung pada sesetengah keadaan dan situasi. Walaupun ramai marketer mampu menghasilkan pendapatan yang cukup besar, namun ada juga diantara mereka yang tidak berupaya mengurus kewangannya dengan baik. Akibatnya, pendapatan yang mereka dapat sama sekali tidak terasa.
Bahkan ramai juga yang tidak mampu bertahan lama dan akhirnya kecundang di tengah jalan. Jika anda seorang marketer, tidak kira perniagaan anda dibuat secara online atau offline, anda perlu mengurus kewangan anda dengan baik dan ini adalah salah satu faktor penting untuk bertahan lebih lama dengan profession anda sekarang.
Disini saya kongsikan beberapa tips pengurusan kewangan seorang marketer.
  1. Targetkan Pendapatan/Keuntungan anda
  2. Hati-hati dalam aliran tunai
  3. Pembangunan Diri (Personal Development)
  4. Pusingan Modal
TARGETKAN PENDAPATAN/KEUNTUNGAN ANDA
Dimana lagi boleh anda tentukan jumlah pendapatan anda kalau anda bukan seorang marketer? Oleh itu, tentukan berapa pendapatan yang akan anda dapat dari perniagaan anda. Pendapatan anda sudah tentulah bergantung kepada sejauh mana keuntungan yang dibuat dari perniagaan anda.
Kenapa anda harus mentargetkan pendapatan anda?
  • Kerana anda punya cita-cita yang harus dikejar
  • Kerana anda punya liabiliti yang harus dibayar
HATI-HATI DALAM ALIRAN TUNAI
Walaupun sebelumnya saya sudah katakan bahawa sebagai seorang marketer anda harus miliki target pendapatan, tetapi harus kita akui juga bahawa target tersebut kadang-kadang tidak selalunya tercapai. Akibatnya, pendapatan anda tidak sentiasa sama.
Itulah sebabnya, apa yang harus anda lakukan adalah dengan berhati-hati terhadap aliran keluar masuk wang anda.
5 perkara yang saya sarankan:
  • Jangan berbelanja secara hutang sebelum anda yakin bahawa anda mampu untuk membayarnya kembali
  • Jangan biasakan diri dengan gaya hidup mewah, kerana kadang-kadang mungkin berlaku ketidakstabilan dalam perniagaan anda. Hiduplah secara sederhana.
  • Jangan boros bila anda sedang mendapatkan keuntungan yang tinggi. Bahagikan sedikit sebagai back-up dimasa hadapan.
  • Jangan berbelanja secara berlebihan hanya kerana anda berasa bahawa anda akan mendapat keuntungan yang besar bulan ini.
  • Jangan sebarangan berhutang, kerana semakin banyak hutang, semakin besar pula liabiliti anda.
PEMBANGUNAN DIRI (PERSONAL DEVELOPMENT)
Anda punya kenderaan sendiri?
Kalau ya, pasti kenderaan anda pernah mengalami kerosakan. Kenapa? Kerana kadang-kadang anda tidak pernah menservisnya.
Padahal, kenderaan perlu diservis agar dalam jangka panjang ia tidak mengalami kerosakan seterusnya menyusahkan anda. Sama seperti pekerjaan anda. Sebagai seorang marketer, anda perlu servis diri dengan memiliki keterampilan dan pengetahuan yang terus meningkat dari semasa ke semasa. Anda perlu fikirkan tentang pembangunan diri anda.
3 perkara yang harus anda lakukan untuk pembangunan diri:
  • Hadiri banyak seminar dan latihan
  • Beli dan pelajari dari buku
  • Praktik, praktik, praktik
PUSINGAN MODAL
Jika anda berjaya membuat keuntungan dari perniagaan anda, maka anda harus memusing modal anda. Ini kerana kekayaan anda diukur dari berapa banyak aset yang anda ada, bukan dari berapa besar keuntungan anda setiap bulan. Seorang marketer yang kerjanya hanya menghabis-habiskan pendapatan tidak akan pernah kaya walaupun dia mampu menghasilkan keuntungan setiap bulan.
KESIMPULAN
Keberhasilan yang anda raih sebagai seorang marketer tidak hanya dari apa yang anda lakukan, tapi bagaimana anda mengelola pendapatan/keuntungan anda.
Jadi urus pendapatan/keuntungan anda dengan baik, maka keberhasilan anda sebagai seorang marketer juga akan menjadi sempurna!
  
 
 

10 Laman Web Yang Boleh Menghilangkan Bosan di Pejabat


Amaran KERAS:
Tips yang akan dikongsikan dalam post ini bukan bertujuan untuk menggalakkan anda “mengulo” di pejabat.
Anda dinasihatkan untuk membuka laman-laman web ini ketika waktu makan tengahhari ataupun diluar waktu bekerja sahaja. Tips ini boleh menghilangkan bosan di pejabat, bukan menghilangkan bosan ketika bekerja di pejabat. Beza tu… hehe :D
Penulis tidak akan bertanggungjawab jika berlaku situasi dimana anda dimarahi oleh boss anda atau anda disuspended oleh majikan anda atau anda dibuang kerja kerana membuka laman-laman web yang didedahkan dalam blog ini. (Apa-apa hal, sendiri tanggung aaaaa…sapa soh tak dengar cakap)
——————-
Mungkin kita sering kali terasa sangat bosan sepanjang hari berada di depan komputer, mungkin kerana memang takde kerja atau mungkin kerana malas takde mood nak bekerja. Jadi, daripada mengelamun kosong, membuka Facebook atau mengacau awek-awekmengganggu teman-teman disebelah meja anda, anda boleh cuba beberapa laman web di bawah ini untuk mengisi waktu lapang anda “di pejabat”.
Emmm… anda digalakkan untuk menggunakan head phone atau ear phone sebelum membuka laman-laman web berikut jika tidak mahu surat pemecatan jawatan dihantar ke meja anda selepas ini.
Berikut adalah laman web yang dimaksudkan:
Horse Quartet
Sebuah kuartet kuda yang aneh, lucu dan menarik di mana mereka boleh diaktifkan secara individu atau berkumpulan untuk menyanyikan lagu-lagu yang mampu menggelikan hati. Dengan berbagai kombinasi dalam laman web ini, anda boleh menghabiskan beberapa jam tanpa harus berfikir sambil menikmati hiburan yang diberikan. “Kerja murni” ini direka khas untuk membuang waktu anda sekurang-kurangnya sehingga anda mendapat tugasan lain dari boss anda. ;)
Bubble Wrap Heaven
Bagi anda yang suka memecahkan belon-belon pada plastik pembungkus (bubble wrap), pasti anda akan menyukai laman web ini. Skrin monitor anda boleh menjadi satu plastik pembungkus raksasa yang dapat memuaskan kehendak nafsu dan keinginan anda untuk memecahkan  gelembung-gelembung udara yang dipaparkan. Bagaimana jika habis? Hanya tekan “fresh sheet” dan mulakan sekali lagi “hobi” baru anda ini. Tanpa perlu menggunakan otak, anda boleh menikmati kesenangan tiada penghujungnya di pejabat.
Teddy Bear Tower
Dekatkan kursor mouse anda pada para beruang-beruang lucu tersebut. Ia akan berjatuhan dan melompat-lompat lagi secara berulang-ulang. Dijamin sangat membuang waktu anda di pejabat.
Converter
Salah satu cara lain lagi untuk membuang-buang masa, tetapi berguna. Laman ini memungkinkan anda untuk meng-convert segala jenis unit kiraan ke dalam unit kiraan yang lain. Mungkin sangat menarik untuk mengetahui berat badan atau tinggi anda dalam kiraan yang aneh. Contohnya, berat badan saya bersamaan dengan 6 biji microwave oven… OHHH…!!!! (Berat sangatkah saya ni???) :P
Screaming Beans
Mula-mula terdapat satu tin yang penuh dengan baked bean. Klik pada tin tersebut untuk meledakkannya. Mungkin kacang-kacang tersebut kurang selesa. Satu kacang mulai berteriak keras. Cuba klik pada kacang tersebut. Lihat apa yang berlaku. Hati-hati, kerana semakin lama kacang tersebut semakin pandai dan bergerak semakin cepat.
Zombo
Laman web yang sangat sesuai dan sempurna bagi anda yang telah bekerja setengah mati seharian di pejabat. Jangan buka melainkan anda betul-betul boring dipejabat :P
Soothing Origami
Sebuah idea yang bebas dari penggunaan kertas. Mungkin idea ini boleh memberi menyelesaikan masalah anda bagaimana untuk menguruskan kertas-kertas bekas yang berserakan di pejabat anda? Salah satu jalan penyelesaiannya adalah “origami” (seni melipat kertas dari Jepun). LAman web yang menakjubkan ini akan membimbing anda untuk belajar origami bermula dari asas yang paling mudah sehingga level yang paling sulit. Sekurang-kurangnya ketika pulang ke rumah anda boleh tunjukkan hasil karya anda kepada keluarga terutama isteri/suami dan anak-anak anda. :)
Design a Flower
Jika origami tidak menarik perhatian anda, mungkin seni me-rekabentuk bunga anda sendiri boleh menjadi alternatif.  Laman web ini membolehkan anda untuk menciptakan kombinasi bunga anda sendiri dan mengirimkannya kepada orang lain.
Destroy the Internet
Buka mana-mana laman web yang anda benci tak suka dan hancurkan laman web tersebut dengan pelbagai alat yang tersedia. Anda boleh memilih bermula dengan serangan serangga sehingga kepada serangan dinosau serta memotong-motong laman web tersebut dengan gergaji eletrik. Dijamin terdapat banyak alat-alat yang tersedia membuat anda dapat menghabiskan waktu anda untuk mencubanya satu per satu.
The Idiot Test
Laman web ini memerlukan waktu yang lama untuk diselesaikan kerana:
1. Ia sangat banyak soalan untuk dijawab.
2. Jika anda melakukan satu sahaja kesalahan, maka anda harus mengulang kembali dari awal.
SELAMAT MENCUBA…!!!!!
  
 
 

Pendekkan nama blog anda dengan domain percuma


Jika anda mempunyai blog dengan menggunakan perkhidmatan percuma seperti di Blogger.com atau di WordPress.com, anda pasti akan memperolehi nama domain blog anda seperti ini.
http://domainanda.blogspot.com atau
http://domainanda.wordpress.com.
Bagi mereka yang sanggup mengeluarkan modal mungkin akan terus membeli domain dot.com mereka sendiri daripada mana-mana penyedia webhosting berbayar. Namun bagi anda yang tidak sanggup mengeluarkan modal, atau tidak begitu serius dalam blogging, atau malas nak berbelanja hanya untuk mendapatkan nama domain yang pendek, anda tidak perlu risau.
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda tips bagaimana anda masih boleh memiliki nama domain yang pendek dan ringkas seperti http://domainanda.com dengan tidak perlu mengeluarkan wang sesen pun. Ya, anda boleh memilikinya secara percuma.
Terdapat beberapa laman web di internet yang boleh menyingkatkan nama domain blog anda. Disini saya akan menyebutkan tiga laman web yang menyediakan servis tersebut, selain dari ianya percuma, cara mendaftarnya juga amat senang dan tiada iklan.
Berikut adalah laman web-laman web tersebut:-
  • co.cc nama blog anda akan menjadi http://domainanda.co.cc
  • co.nr nama blog anda akan menjadi http://domainanda.co.nr
  • uni.cc nama blog anda akan menjadi http://domainanda.uni.cc
Pendek dan ringkas bukan? Anda nak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan nama domain tersebut secara percuma? Baiklah, saya akan tunjukkan bagaimana kita boleh mendapatkan domain dengan akhiran co.cc
Buka website ini http://co.cc dan window seperti dibawah akan muncul.
Isikan nama blog anda dalam kotak yang disediakan sesuai dengan keinginan anda.
Setelah anda memilih nama domain yang bersesuaian, klik pada butang “Check”. Sistem akan memeriksa nama domain pilihan anda samada sudah dimiliki oleh orang lain atau belum. Jika ianya sudah dimiliki, anda perlu memasukkan nama yang lain. Namun jika belum, window seperti dibawah akan muncul. Klik pada butang “Continue to registration”.
Pada window dibawah, klik pada “Create an account now”.
Anda diminta untuk mengisi borang yang disediakan. Setelah selesai, tick pada I accept the Term of Service kemudian klik butang “Create an account now”.
Window seperti dibawah akan muncul setelah akaun anda berjaya didaftarkan. Klik pada butang “Setup” untuk membuat konfigurasi pada nama domain anda.
Klik pula pada link “Simple Service / It is easy to everyone” pada window seperti dibawah.
Penuhkan ruang kosong dengan maklumat yang sesuai.
Target URL : isi alamat blog percuma anda seperti http://domainanda.blogspot.com atauhttp://domainanda.wordpress.com
Title : isi tajuk blog anda
Language : pilih bahasa
Frame : Jika anda memilih URL Hiding, nama domain asal blog anda iaituhttp://domainanda.blogspot.com tidak terpapar di addressbar selepas pengunjung memasuki laman web anda melalui  http://domainanda.co.cc
Jika anda memilih Path Forwarding, nama domain asal akan terpapar di addressbar selepas pengunjung memasuki http://domainanda.co.cc
Klik pada butang “Setup” setelah selesai.
Window seperti dibawah akan muncul. Klik butang “OK”.
>Window confirmation akan muncul. Ada boleh mengedit kembali mana-mana bahagian yang salah dengan klik pada butang “Edit”.
Setelah selesai semua proses pendaftaran, berikan masa sehingga 24 jam bagi team co.cc memeriksa semua maklumat yang telah anda berikan kepada mereka untuk pengesahan. Dalam jangkamasa tersebut anda tidak perlu risau, blog anda masih boleh diakses melalui nama domain asal iaitu http://domainanda.blogspot.com. Walaupun anda sudah boleh menggunakan http://domainanda.co.cc, domain asal masih boleh diakses.
Selamat mencuba…..
  
 
 

Strategi berkesan menarik trafik yang tinggi ke laman web anda


Jika anda mempunyai laman web atau blog, tidak kira ianya dibina bagi tujuan perniagaan ataupun peribadi, pasti anda mahukan ianya dikunjungi.
Jumlah pelawat yang mengunjungi sesebuah laman web setiap bulan atau lebih mudah disebut sebagai “Web Traffics” sangat penting terutama untuk mereka yang mempunyai laman web perniagaan.
Bagi mendapatkan trafik yang tinggi ke laman web anda memerlukan usaha yang keras serta teknik dan strategi yang bijak. Salah satu caranya ialah dengan mendapatkan backlinks dari laman-laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.
Backlinks ialah link masuk ke laman web anda atau “inbound links” yang terdapat pada laman web lain. Secara asasnya, jika link laman web anda terdapat pada 1000 laman web lain, maka anda memiliki 1000 backlinks. Itu secara asasnya sahaja supaya anda mudah faham.
Jadi dimana dan bagaimana caranya untuk mendapatkan backlinks dari laman web yang bertrafik tinggi?
Laman web yang menerima trafik yang tinggi kebiasaannya ialah dari jenis laman web sosial komuniti dan networking seperti Facebook, sebuah laman web sosial komuniti yang semakin menjadi trend masakini.
Daftarkan diri anda ke laman web sosial networking seperti ini dan masukkan URL web ada pada bahagian profile. Mudah bukan? Bayangkan jutaan ahli lain akan melihat profile anda seterus melawati web atau blog anda melalui URL yang anda sediakan.
Laman web sosial networking bukan hanya tertumpu pada Facebook sahaja. Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda 20 laman web sosial komuniti paling popular dan menerima jumlah trafik yang tinggi di internet. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda.
1. Facebook
Alexa ranking: 2
Purata Pelawat Sebulan: 250,000,000
2. MySpace
Alexa ranking: 17
Purata Pelawat Sebulan: 122,000,000
3. Twitter
Alexa ranking: 11
Purata Pelawat Sebulan: 80,500,000
4. LinkedIn
Alexa ranking: 29
Purata Pelawat Sebulan: 50,000,000
5. Ning
Alexa ranking: 128
Purata Pelawat Sebulan: 42,000,000
6. Tagged
Alexa ranking: 141
Purata Pelawat Sebulan: 30,000,000
7. Classmates
Alexa ranking: 969
Purata Pelawat Sebulan: 29,000,000
8. hi5
Alexa ranking: 62
Purata Pelawat Sebulan: 27,000,000
9. MyYearBook
Alexa ranking: 1,036
Purata Pelawat Sebulan: 12,000,000
10. MeetUp
Alexa ranking: 528
Purata Pelawat Sebulan: 8,000,000
11. Bebo
Alexa ranking: 588
Purata Pelawat Sebulan: 7,000,000
12. MyLife
Alexa ranking: 1,789
Purata Pelawat Sebulan: 6,000,000
13. Friendster
Alexa ranking: 301
Purata Pelawat Sebulan: 5,000,000
14. MyHeritage
Alexa ranking: 1,989
Purata Pelawat Sebulan: 4,800,000
15. Multiply
Alexa ranking: 285
Purata Pelawat Sebulan: 4,600,000
16. Orkut
Alexa ranking: 59
Purata Pelawat Sebulan: 4,500,000
17. Badoo
Alexa ranking: 152
Purata Pelawat Sebulan: 4,400,000
18. GaiaOnline
Alexa ranking: 1,489
Purata Pelawat Sebulan: 4,350,000
19. BlackPlanet
Alexa ranking: 2,814
Purata Pelawat Sebulan: 4,000,000
20. SkyRock
Alexa ranking: 237
Purata Pelawat Sebulan: 3,000,000
  


 

[Internet] Facebook bakal melancarkan sistem eMail mereka sendiri


Facebook dijangka akan melancarkan sistem eMail mereka sendiri yang dilihat bakal menyaingi Gmail, Yahoo dan Hotmail.
Syarikat gergasi jaringan sosial ini yang mempunyai lebih 500 juta ahli seluruh dunia akan menganjurkan majlis khas berhubung dengan kenyataan ini di San Francisco minggu depan.
Sumber yang belum disahkan dipetik sebagai berkata bahawa Facebook akan mengumumkan sistem eMail address mereka sendiri iaitu @facebook.com
Pertelingkahan Google dan Facebook berlarutan sejak kebelakangan ini berhubung dengan perkongsian data pengguna.
Google telah membuat keputusan untuk melarang Facebook daripada mengimport data email pengguna Gmail setelah Facebook menolak untuk membenarkan mana-mana pihak mengakses maklumat ahli mereka.
Menurut laporan sebuah blog teknologi popular TechCrunch.com, rakan kongsi Facebook baru dalam usahasama pembinaan sistem eMail ini yang diberi nama “Project Titan” bakal menjadi pembunuh Gmail.
Ramai yang berkata bahawa lautan informasi dan data pengguna yang dimiliki Facebook bermula dari event planning sehingga kepada aplikasi button “like” disamping kekerapan pengguna berinteraksi sesama mereka bakal menjayakan lagi perlancaran sistem eMail Facebook ini.
Ada juga spekulasi mengatakan bahawa berkemungkinan sistem eMail facebook hanya boleh digunapakai antara ahli-ahli facebook sahaja.
Facebook tidak membuat sebarang kenyataan mengenai spekulasi tersebut namun semuanya hanya akan diketahui pada hari Isnin minggu hadapan di San Francisco.
Facebook merupakan laman web komuniti terbesar di dunia setakat ini yang menyimpan informasi lebih 500 juta ahlinya, suatu informasi yang sangat berharga terutama kepada para advertisers.
Para penganalisis berkata laman web komuniti yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg ini menjadi semakin berkembang dengan cukup pantas sehingga berjaya menandingi kepopularan Google kerana kesetiaan ahli-ahlinya.
Facebook eMail akan menjadi ancaman terbesar Gmail, Yahoo dan Hotmail, bukan hanya kerana potensi Facebook yang mampu mendapatkan jumlah pendaftar yang besar dalam masa yang singkat malah kelebihan mereka dalam membuat sistem eMail mereka lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu juga Facebook telahpun menjalinkan hubungan kerjasama dengan Microsoft untuk menguatkan lagi sistem laman web enjin carian milik Microsoft iaitu Bing.com, namun Facebook tidak pula membina jalinan hubungan yang sama dengan Google.
Facebook juga dikhabarkan bukan sahaja akan menjadi seteru Google secara online malah secara offline juga dengan menawarkan pekerjaan kepada engineer-engineer Google.
Beberapa minggu lepas, Google telah menaikkan 10% gaji pekerja-pekerja mereka dan menawarkan habuan dalam bentuk kenaikan gaji berbanding pemberian bonus yang biasa dibuat sebelum ini.
Ini semua gara-gara Facebook yang sibuk memancing pekerja, dan Google terpaksa melakukan demikian demi meningkatkan kesetiaan pekerja mereka.
Sumber: BBC News

Tips memilih webhosting


Kebiasaannya, setelah selesai membina sebuah laman web, pasti ada dikalangan anda yang menghadapi masalah untuk memilih server webhosting untuk laman web anda. Kadang-kadang jika kita fikirkan balik, hal ini sama seperti membeli kucing dalam karung yang mana kita membeli tanpa mengetahui jenis dan bentuk kucing tersebut. Sampai rumah, buka karung, baru tahu cantik ke tidak rupanya si kucing tadi. Kalau buruk, nak pulangkan kembali, duit dah dibayar.
Situasi memilih webhosting ini mungkin menjadi dilemma bagi sebahagian dari anda kerana banyaknya tawaran hangat peniaga-peniaga webhosting baik di dalam mahupun luar negeri.
Adakah anda juga kebingungan memilih webhosting? Terdapat ratusan penyedia webhosting yang menawarkan berbagai layanan yang bervariasi jenis, harga dan mutunya. Mana satu yang harus anda pilih? Apakah faktor yang perlu anda pertimbangkan?
Setiap orang mempunyai cara dan kriterianya yang tersendiri dalam memilih hosting bagi laman web mereka. Dan ramai juga yang telah memberi pelbagai tips dalam memilih webhosting ini.
Saya ingin memberikan beberapa tips di sini berdasarkan pengalaman dan kriteria saya dalam memilih webhosting serta mengenai faktor-faktor yang sebaiknya dilihat oleh anda.
1. Support
Mengapa faktor ini saya tempatkan sebagai nombor satu, yang terpenting? Yang sebetulnya dijual oleh sebuah peniaga webhosting bukanlah ruang pada harddisk, atau bandwidth, atau software, tetapi yang dijual adalah support. Ruang harddisk atau server dijual oleh kedai komputer. Bandwidth dijual oleh ISP atau datacenter atau NAP (network access provider). Tapi support adalah sesuatu yang anda perolehi dari perniagaan webhosting itu sendiri, yang menjadi value apa yang anda telah bayar. Jadi lihat jenis support service yang bakal anda nikmati dari sesuatu webhosting sebelum anda membeli package hosting melalui mereka.
2. Kemudahan/Features/Hosting Package
Tentu sahaja ini menjadi faktor penting, kerana apa ertinya anda melanggan hosting kalau anda tidak dapat menjalankan aplikasi yang anda inginkan? Provider pada umumnya harus menyediakan package yang standardnya diperlukan oleh orang ramai seperti disk space dan bandwith. Ini termasuk feature bagi PHP, MySQL, Perl, Fantastico dan lain-lain lagi dengan versi yang terbaru. Feature lainnya seperti memasang antivirus dan antispam di server SMTP, tersedia akses mailbox melalui webmail, POP3, forwarding dan IMAP4. Dalam hal mengupload website, harus menyediakan beberapa mekanisma, iaitu interface web (control panel), FTP, shell (SSH), dan FrontPage.
3. Backup
Faktor ini amat penting kerana seringkali data di server (termasuk email dan database) adalah satu-satunya copy yang dimiliki oleh pelanggan hosting. Pengalaman telah membuktikan, dengan adanya backup harian dan history seminggu pada server-server telah beberapa kali menyelamatkan kehilangan data yang penting akibat mesin/harddisk crash atau kerosakan kerana tidak sengaja terdelete, dan sebagainya. Sebaiknya anda bertanya kepada penyedia hosting, berapa kerap mereka melakukan backup. Hindari penyedia hosting yang tidak jelas policy backupnya dan hanya seminggu atau sebulan sekali melakukan backup.
4. Stability Server dan Jaringan/Connectivity
Semakin penting website atau perniagaan online anda, maka semakin penting pula kestabilan dan uptime yang diperlukan (dan faktor harga menjadi semakin relatif rendah kepentingannya dibandingkan faktor stability ini). Ada beberapa hal yang mempengaruhi stability/uptime, iaitu mesin, jaringan dan software seperti konfigurasi komputer yang digunakan dan setiap komputer umumnya tidak diisi lebih dari 200-300 account agar tidak memberatkan akses. Keselamatan server juga harus diperhatikan kerana server yang sering dihack akan sering ‘down’ bahkan sering kehilangan data, sesuatu yang amat mengganggu operasi server.
5. Reputasi Perniagaan Yang Jelas
Faktor ini lebih penting dari harga. Terlalu banyaknya penyedia hosting di dunia, yang rata-rata:
1) tidak mempunyai reputasi yang baik
2) tidak memiliki lokasi yang jelas
3) jangkahayat antara beberapa bulan hingga 1 tahun saja, yang mana setelah itu menghilang tanpa jejak.
Bagi pengguna yang baru pertama kali mendapatkan layanan webhosting dan tujuannya hanya untuk belajar/pengalaman/cuba-cuba, mungkin hal ini tiada masalah. Tapi bagi sebuah perniagaan atau laman web yang ingin lebih serius, perkara ini menjadi masalah terbesar. Misalnya: data website/database anda tiba-tiba hilang kerana server sudah tidak online atau pengurus webhosting tidak dapat dihubungi untuk anda meminta datanya. Bukankah itu satu masalah yang besar?
6. Harga
Kalau kita perhatikan bagaimana cara pembeli berbelanja untuk membeli barangan komputer, contohnya pembeli menginginkan barang dengan spesifikasi X, Y, Z. Pembeli bertanya pada sebuah kedai A berapa harganya. Kedai A memberi harga. Pembeli bertanya pada kedai lain pula iaitu B. Kedai B memberi harga. Demikian seterusnya sampai pembeli memperolehi beberapa harga. Pembeli akhirnya memilih kedai yang memberikan harga termurah.
Hal ini mudah dilakukan untuk barang-barang seperti elektronik dan komputer kerana kita mengetahui spesifikasi yang kita inginkan dan setiap kedai menjual barang yang sama jika spesifikasinya sama. Tapi tidak demikian halnya dengan support yang ditawarkan oleh setiap webhosting yang mana amat sulit dibuat spesifikasi terhadapnya. Kerana itu harga saya tempatkan sebagai faktor yang dibelakang sekali (tahap kepentingan yang rendah). Harga yang sama belum tentu tahap layanan support yang sama diberikan.
Kesimpulan
Tentu sahaja keputusan akhir memilih penyedia webhosting berada di tangan anda sebagai pembeli. Post ini saya buat hanya untuk membantu agar anda tidak lagi pening atau confuse melihat kemudahan-kemudahan yang ditonjolkan penyedia webhosting melalui iklan-iklan atau website mereka. Sebaliknya, anda harus mengetahui faktor apa yang sebetulnya paling penting sebelum anda melanggan dari mereka.
  
 
 

[Internet] Bagaimana untuk mengelak daripada akaun PayPal anda disekat


Hampir setiap hari beribu-ribu thread dibuka oleh webmaster di pelbagai forum membincangkan mengenai akaun Paypal yang disekat atau dikenakan akses terhad (limited access). Saya menggunakan akaun Paypal sejak empat tahun yang lalu dan akaun saya pernah disekat dua kali. Saya menghubungi perkhidmatan sokongan Paypal beberapa kali untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut, dan sebenarnya terdapat banyak sebab mengapa sesuatu akaun itu disekat oleh pihak Paypal.
Apabila akaun anda disekat, tidak ada cara lain yang boleh membantu anda melepaskan sekatan tersebut melainkan anda perlu menghantarkan dokumen-dokumen yang diminta oleh Paypal. Jadi adalah lebih baik bagi anda untuk menjaga akaun anda sebaik mungkin. Disini saya akan kongsikan beberapa perkara utama yang menyebabkan akaun Paypal anda disekat.
1. Akaun baru dan tidak disahkan (unverified)
Akaun baru, terutama sekali yang belum disahkan mudah untuk disekat selepas transaksi pertama.  Jika akaun Paypal anda masih belum disahkan maka ia mempunyai peluang yang cukup tinggi untuk disekat, kerana akaun yang belum disahkan selalunya digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk aktiviti penipuan wang (money laundring). Paypal memantau akaun baru secara teliti, jadi adalah lebih baik untuk menggunakan butir-butir akaun yang betul semasa mendaftar agar anda dapat memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa akaun anda disekat.
Mengesahkan akaun anda adalah satu idea yang terbaik. Apa yang anda perlukan ialah kad kredit yang sah. Kad kredit Maya (Virtual Credit Card atau VCC) juga boleh digunakan untuk pengesahan namun anda perlu mempunyai akses ke dalam penyata akaun VCC tersebut (account statement) supaya anda boleh memberi salinan penyata akaun tersebut kepada pihak Paypal sekiranya akaun Paypal anda disekat.
Cara untuk mengesahkan akaun Paypal tidak begitu payah. Terdapat dua proses pengesahan yang mana anda perlu melakukan kedua-duanya. Pertama ialah anda perlu mendaftar nombor telefon bagi membolehkan pihak Paypal menghubungi anda. Selepas nombor telefon anda didaftarkan, anda akan terus dihubungi oleh pihak Paypal, dan mereka akan memberikan 4 digit kod, yang mana anda akan menggunakan 4 digit kod tersebut untuk membuat pengesahan dalam akaun Paypal anda.
Kedua ialah pengesahan kad kredit. Anda perlu daftarkan kad kredit anda dalam akaun Paypal anda. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, penggunaan VCC boleh dijadikan alternatif jika anda tidak memiliki kad kredit sebenar. Pastikan anda mempunyai akses kepada penyata akaun VCC tersebut.
Selepas kad kredit anda didaftarkan, Paypal akan mengenakan sejumlah kecil bayaran (sekitar $0.10-$0.90) bagi membolehkan kad kredit anda merekod 4 digit kod yang akan terpapar pada penyata akaun kad kredit anda nanti. Isikan 4 digit kod tersebut untuk mengesahkan akaun Paypal anda. Selesai. Akaun Paypal anda kini selamat untuk digunakan.
Kesimpulannya, anda memerlukan dua set kod 4 digit untuk pengesahan akaun Paypal. Satu anda akan mendapatkannya melalui telefon, dan satu lagi melalui penyata akaun kad kredit anda. Kedua-dua set 4 digit kod tersebut perlu diisikan pada ruang pengesahan akaun Paypal anda.
Pengesahan akaun Paypal amat penting kerana jika anda tidak mengesahkan akaun anda, PayPal mungkin akan menyangka anda sedang melakukan aktivti penipuan.
2. Menggunakan proxy dan pelbagai IP
Mengakses akaun Premium atau Persendirian anda dari pelbagai alamat IP atau dari Proxy akan menyebabkan akaun anda disekat. Akaun Paypal Premium dan akaun Paypal Personal adalah untuk penggunaan transaksi persendirian atau individu. Manakala untuk transaksi perniagaan, dapatkan akaun Paypal Business.
3. Mengakses akaun PayPal dari telefon bimbit
Jangan gunakan browser telefon anda untuk mengakses secara terus ke https://paypal.com. Sebaliknya gunakan https://mobile.paypal.com. Tetapi sebelum itu, anda perlu mengaktifkan akaun PayPal Mobile pada telefon bimbit anda. Layari Paypal Mobile untuk maklumat lebih lanjut. Meskipun anda menggunakan browser seperti Opera mini atau Teashark, ianya juga turut berisiko kerana kedua-duanya menggunakan proxy server semasa melayari internet.
4. Jumlah pengeluaran wang
Hadkan jumlah pengeluaran wang pertama anda kepada jumlah yang kecil lebih-lebih lagi jika anda mempunyai akaun yang belum disahkan. Pengeluaran dengan jumlah yang besar dari akaun baru akan menyebabkan ianya kelihatan seperti satu penipuan kepada Paypal; jadi hadkan jumlah pengeluaran pertama kepada jumlah seperti $100 ke bawah dan tambahkan jumlah secara perlahan-lahan.
5. Maklumat akaun
Jangan terlalu kerap menukar maklumat akaun anda. Biarkan segala maklumat anda seperti sedia ada dan pastikan anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan untuk membuktikan maklumat tersebut ialah milik anda. Gambar berserta kad pengenalan yang tertera alamat atau bil-bil yang mempunyai nama dan alamat anda sudah memadai.
6. Jumlah “dispute” (perselisihan)
Jika terdapat kes perselisihan pada akaun Paypal anda, seperti penjual tidak menerima bayaran dari anda, pembeli meminta refund, atau apa sahaja masalah yang melibatkan akaun Paypal anda, cuba selesaikan secepat mungkin . Jika akaun Paypal anda mempunyai terlalu banyak kes aduan atau perselisihan dalam satu-satu masa, kebarangkalian akaun anda disekat adalah sangat tinggi.
7. Berurusan dengan jumlah wang yang besar
Jika anda berurusan dengan sejumlah wang yang besar seperti 1000USD, anda disarankan untuk membahagikan jumlah tersebut kepada satu jumlah yang kecil untuk proses penerimaan dan pengeluaran. Adalah lebih baik jika anda sentiasa mengecilkan jumlah pembayaran anda kepada bayaran bawah 500USD. Dan juga jangan cuba untuk mengeluarkan keseluruhan jumlah wang yang anda terima dengan segera.
Walaupun setelah anda mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan diatas namun akaun anda tetap juga disekat oleh pihak Paypal, jangan bazirkan masa anda dengan menghantar email kepada mereka seperti “PAYPAL B*D*H” atau membuka thread forum seperti “PAYPAL PEMBOHONG DAN PENIPU”.
Ikutilah prosedur-prosedur yang betul untuk melepaskan sekatan tersebut. Emailkan kepada mereka dokumen-dokumen yang diperlukan. Selepas Paypal menerima semua dokumen-dokumen tersebut, akaun anda akan boleh diakses semula selepas 48 jam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Alamat Kami

Mosya Trading (002094010-H)
JALAN SAUJANA INDAH 4,
TAMAN INDUSTRI SAUJANA INDAH,
40150 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA.
+6017 607 4968
SEO Links Attitude | Free SEO Links Building
Review http://nurulonlineshoppe.blogspot.com/ on alexa.com